Selasa, 16 Ogos 2011

Pentingnya Jenama @ "Brand"

Saban hari kita dipertontonkan dengan perlbagai jenis iklan dia media yang mempromosikan pelbagai "brand" atau jenama produk dan perkhidmatan. Ada di antaranya jenama yang sudah memang popular seperti Coca Cola, Panasonic, Colgate dll tetapi masih tetap menonjolkan jenama mereka di pasaran tempatan dan global. Malah jenama yang baru seperti Power Root, Pensonic dan Safi telah mula melekat di minda masyarakat tempatan.


Setiap jenama atau brand dipromosikan dan diperkenalkan sebagitu rupa dengan cara berterusan adalah bermatlamat untuk menjadikan jenama mereka yang terunggul dan sentiasa berada di dalam benak pemikiran masyarakat. Setiap pelaburan dalam bentuk iklan, promosi atau pembungkusan yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha bertujuan untuk menjadikan produk atau perkhidmatan mereka terunggul dan sentiasa menjadi pilhan utama masyarakat. 


Namun begitu masih ramai di antara pengusaha yang mengabaikan untuk mengutamakan dan menjaga konsistensi penjenamaan dan promosi berterusan. Walhal, pemeliharaan jenama adalah aset yang sangat penting kerana merupakan jati diri sebuah perusahaan. Penjenamaan yang berjaya akan memudahkan dan melancarkan penjualan. Aktiviti pemasaran dan promosi produk atau perkhidmatan baru akan mudah dipromosikan kerana pengguna sudah berjaya ditanamkan dengan pemikiran bahawa sebarang produk atau perkhidmatan dari jenama yang popular tersebut pasti yang boleh dipercayai dan berbaloi dengan tawaran harganya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan